Assalamualaikum…
Hmmm.. Napa tia macam asing rasaku membuat blog ani ah, 5 tahun
sudah inda menjangkau-jangkau blog ani, iatah makahnya jua tu. Dalam blog ani,
aku lebih selesa bekurapak bahasa Brunei, campur-campur lah tu, mana
tah saja yang kuar tu karang.
Ok, namaku C-Jam @ Tawakkal99.. minta maaf jua, aku ani
bukan plang dari kalangan orang sanang lah.. Merasai jua hidup susah daulu
sampai makan apa ani tepaksa jua turun merambat udang sama mulah babu rah ampir
bumbungan 12 daulunya, alum lagi bekeraja tu nyanta, sudah belurih dibawa balik
tarus dimasak, hepi tah kami tu.. Tampat asal kami ani dari Kampung Peramu tapi aku inda membasar disana, bapa polis jadinya tinggal dibarek lah sepanjang masa damitku atu. Masani alhamdulillah jua.. Ku syukuri nikmat
yang kana bagi. Aku anak yg tuha daripada 2 orang adi beradi, dua-dua kami ani
kawin sudah. Aku 3 orang anak, semua bini-bini (Power Puff Gal).
gambar hiasan
Dulu masa damit sekolahku Nusa Laila Putri School di Berakas. Lapas atu bersekolah menengah di Sekolah Menengah Berakas sampai tah aku abis form 5 dua kali 1997 & 1998 (biasa lah.. repeat, utak luan pandai)..
Tahun 1999, apa ku buat nah??? tanam anggur lah.. menganggur.. 1 tahun aku membuang masaku dengan menganggur, nada terpikir masatu apa kan dibuat, lepak sama kawan di Kg. Burong Pingai, main bula, mengail, main gitar sampai menyubuh..
Tahun 2000 Januari, aku mula bekeraja di Gadong Properties sebagai Pengawal Keselamatan, nya urang putih, security.. biasa kalau jadi sekuriti ani, kaja beshift, tidur pun inda betantu. Alhamdulillah jua, bapa membalikan sebuah kereta charade warna biru tuha, ok lah pakai turun naik keraja, jgn tah jua luan memilih ani.. Banyak jua lah pengalaman jadi sekuriti daulu atu..
Tahun 2001 Januari, atas cadangan indungku, dorang mengantar aku belajar di Shah Alam, Malaysia sama kazenku C-Zul Affandy. Kami ngambil Diploma dalam IT selama 3 tahun. Dipendekkan cerita, januari 2004 aku sudah selasai belajar & balik ke Brunei.. Terima kasih babu, terima kasih bapa.. Rasa indung kan mau anaknya hidup sanang suatu hari nanti..
Tahun 2004, alum lagi ku dapat keraja tatap, aku bekeraja di kadai runcit melayu di tasek meradun, nama kadainya Aimi Azfar. Oh btw, masa tahun 2004 ani kami tinggal dirumah sendiri sudah di Kulapis lapas bapa pencen pulis. ok, kaja ku dikadai runcit ani, mcm biasa lah.. nimbang2 baras kan dijual sekilo-sekilo, nimbang gula, menyapu lantai, mengambil stok barang baru, enjoy jua lah daripada nada apa kan ku buat.. maybe dalam 3 bulan kali aku bekeraja disana, dapat tah ku keraja lagi di RBE (Royal Brunei Engineering di Airport). Kaja ku disana sebagai Web Designer..Indaku berapa ingat brapa lama ku keraja disana, yang penting bulan mac 2005 aku sudah beranti dari RBE.
Tahun 2005, bulan mac.. Alhamdulillah, berkat doa indung atu, aku mula bekeraja di sektor kerajaan.. sampai tah hari ani (tahun 2013). Banyak hantap jua pengalaman ku dapat.. macam-macam ada..
Tahun 2007, aku kawin.. bukan sama anak raja ah.. :) Alhamdulillah lagi, sampai ani, Allah anugerahkan kami 3 orang cahaya mata.. Triple A (Alya Amani, Aleesya Adriana & Annissa Afiah), semua bini-bini.. Tq Allah..
Tahun 2011, bulan oktober.. tahun yang paling mencabar hati, nurani & jiwaku.. Allah ambil sesuatu memang miliknya, aku redha dengan ketentuannya. 2 hari lapas BABU harijadi, BABU meninggal dunia di Hospital RIPAS pasal sakit. Mulah mengidap kanser pankreas.. Babu meninggal setahun lapas ia menunaikan Fardu Haji sama bapa. Hancur luluh rasa hatiku masatu, mana inda, ibu tersayang pergi buat selamanya.. Aku sudah buat sedaya upaya menjadi anak yang disayanginya, kau pergi dalam dakapanku..ku iringi pemergianmu dengan kalimah "Ashadu alla illaha illallah wa ashadu anna Muhammadur Rasulullah".. Aman, Damai dan Tenanglah ibu disana, aamiinn.. Al-Fatihah..
Tahun 2012, bulan september.. Aku jadi seorang pelajar SRDC secara rasminya..
Sedikit cerita kan ku kongsikan mengenai kisah banar yang berlaku di Brunei, tajuk ceritanya..
KISAH SEORANG IBU YANG MENGANDUNG
Kisah banar ani berlaku di Brunei sekitar tahun 1980/1981. Seorang ibu yang sedang mengandung. Betapa gembiranya si ibu mengetahui yang dirinya sedang mengandung, tidak tergambar lagi kegembiraannya untuk menyambut akan kelahiran si anak.
Suatu hari, si ibu datang ke salah sebuah klinik swasta di Brunei untuk medical check up kandungannya. Si ibu ada diberikan suntikan semasa berjumpa doktor, si ibu pun tertanya-tanya suntikan apakah yang telah diberikan kepadanya. Menurut doktor, anak dalam kandungannya atu mempunyai masalah dan besar kemungkinan jika dilahirkan akan melahirkan seorang bayi yang cacat. Suntikan atu adalah untuk menggugurkan kandungannya. Alangkah takajutnya si ibu bila mengetahui semua atu tanpa ada bertanya lagi. Si ibu marah dan semenjak kejadian atu si ibu tidak lagi datang-datang untuk membuat perjanjian bersama doktor atu.
Si ibu pasrah dengan ketentuan Ilahi, jika banar anak yang kan dilahirkannya ani cacat, si ibu redha dengan kelahirannya. Jauh dilubuk hatinya, walau apapun terjadi, secacat mana pun anak yang akan dilahirkannya ani, ia akan tatap melahirkan dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Begitu lah kasih seorang ibu yang tiada tolok bandingnya. Sungguh suci dan murni hati seorang ibu.
Hari beganti hari, minggu betukar minggu, bulan silih beganti, tibalah masanya si ibu untuk melahirkan bayi yang doktor katakan akan mengalami kecacatan. Masa ditunggu-tunggu oleh si ibu dan si bapa, lahirlah seorang bayi lelaki yang sempurna fizikalnya, nada apa-apa kecacatan pun.. Si ibu dan si bapa memanjatkan doa dan syukur atas kelahiran orang baru dalam kehidupan mereka. Dialah anak pertama yang dikurniakan oleh tuhan kepada mereka. Sepanjang si ibu mengandung, si ibu dan si bapa selalu & suka bejalan-jalan tidak mengira jam (JAM keep on ROLling) walaupun sudah larut malam. Dari kejadian atu, si ibu dan si bapa pun menamakan anaknya ani sempena mereka suka bejalan-jalan.. Namanya Jamarul (JAM iaitu waktu, RUL iaitu rolling).. Cali.. tapi iatah udah cerita bisia tu arahku macamana nama jamarul ani terlintas dipikiran bisia.

AL-FATIHAH buat babuku Allahyarhamah Hajah Jarah Binti Mohamad. Kau pergi dalam dakapanku.. Tanpamu, JAMARUL indakan lahir di dunia ani.. Terima kasih babu.. kenangan bersamamu inda kan terpadam dilubuk hatiku.. ku pimpin pemergianmu dengan lafaz "Ashadualla illaha illallah wa ashadu anna muhammadar rasulullah ditelinga.. Damai lah kau disana.. 06/10/1946 - 08/10/2011
TUNJANGKANLAH RESAHMU DI DADA SOLAT..
HIMPUNKAN PERITMU DIGENGGAMAN DOA..
TUTUPI KEKECEWAANMU DENGAN KETAKWAAN..
DAN NILAIKAN KESUCIAN HATIMU DENGAN KEIKHLASAN HATI..